|
|
| Monday, 26-Mar-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Paris Tour - Day 4
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 26-Mar-2007 08:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Paris Trip - Day 4
|
|
Eiffel Tower
Paris from Eiffel Tower
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 25-Mar-2007 08:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
London & Paris Trip - Day 3
|
|
Eurostar
Our Hotel In Paris
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 24-Mar-2007 08:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
London Trip - day 2
|
|
OHAYO gozaimasu!!! Pagi sabtu, slps rehat yg mencukupi semlman, rasa badan cergas dan bersemangat. Bangn pagi, solat, mandi, pakai baju cantik2 , kitorg turun gi cafeteria hotel. Lupa nak cakap, sarapan disediakn sekali dlm pakej ni. Makan ala2 mat saleh gitu (jgn mimpi nak jumpa nasik goreng ka, mee goreng ka.. ), roti ngan mentega ngan cereal ngan jus ngan teh. Tak lupa air susu. Janji dengan tourist guide (Mr Boy) kol 8:30 pg. Takut nanti ramai sangat org, maklumlah hari sabtu. Cepat makan jom kita sambung g jalan2.
The National Gallery
ADA 2 choice kalau nak sight seeing kat London ni. Bleh naik The Big Bus Co (bas merah xde bumbung tu) atau pun naik tube. Bas harga tiket around £18 sorang. Naik tube one day ticket lebih kurang £5.10 sorang. So kitorg naik tube. Nak ke mana kita ni???
TERUS sampai station Leicester Sq. Banyak stage show kat area ni. Show macam theater gitu la. Target nak gi National Gallery (melawat jer.. xmasuk pun).. National Gallery ni merupakan tmpt dimana koleksi seni dari England dipamerkn utk tatapan umum. Dikhabarkan, antara lukisan Van Gogh ada kat ni (since Van Gogh jer yg aku kenal), dgn tajuk lukisannya SUNFLOWERS. Dalam perjalanan nak ke sana, kitorg lalu depan National Potrait Gallery. Xbukak lagi. Awal sgt kitorg ni. Bergmbar pun jadilah. Tempat ni adalah galeri yg spesifik utk potret.
DARI poter galleri tu, 3 minit jer kitorg sampai National Gallery tu.. Hihihi.. Depan galeri tu ada compound yang marveles sekali. Trafalger Square namanya. Tempat ni dibangunkan sempena mengingat pertempuran Trafalgal, kemenangn tentera laut British dalam siri peperangan dengan Napoleon (perancis). Ada satu tiang yang tinggi yg dipangil Nelson`s Column. Puncak tiang tu, ada la statue Encik Nelson ni (admiral British).
SELAIN dari Nelson`s Column ni, ada jugak statue panglima perang yang lain. Nak ingtkan generasi muda pada pengorbann tentera mereka kot. Kita pun ada gak apa!! hihihihi.. Kitorg berposing sakan kat area Trafalgal Sq ni. Ngan singa, ngan ikan duyung, ngan air pancut dll lagi. Memandangkan hari masih awal, tak ramai sangat org kat situ (takla segan sangat nak berposing ).
Horse Guard
PUAS bergambar, kitorg bergerak menghala ke Big Ben. Jalan kaki pelan2. Dari jauh dah boleh nampak dah sebenarnya. Tp saja gerak pelan2. Ondaway there, kita org lalu satu tmpt ni....Mmm..pernah tengok tak citer Mr Bean tak?. Siri dia bergambar dengan pengawal yg pakai topi panjang dan baju merah tu.. hohohoohh.. kitorg dah sampai tmpt tu.. hihih.. Best gileerrrr.. Tengok diorg kawad (Joned ckp x smart langsung), tukar shift kot. Siap ada kuda lg. hihihi.. Rupanya mmg ada pengunjung yg dah tunggu. Kitorg x lepaskan peluang yg dtg bergolek ni. Bergambr dgn kuda. Ada amaran kat situ, dia kata kuda ni boleh gigit.. hihihi kowei!!.. Dh abih brgambr baru aku prasan, terus aku tak dtg dekat lagi.. Pengawal tu mmg mcm dalam citer Mr Bean tu.. tak bergerak langsung!!! . Oh lupa.. Nama tmpt ni Horse Guard. Utk exhebition jer kot. Xnampak apa yg guard pun!!
Big Ben
TIGA minit jalan kaki, sampai ke depan Big Ben. Mmg rekabentuk klasik. Semua yg smpai situ pun mesti amik gambar.. Kitorg lagi la.. heheheh.. Apa benda Big Ben ni sbnrnya? Kalau nk tau Ben tu nick name utk loceng besar yg ada pada menara jamnya (kenapa Ben ntah??). Keliling Ben ni ada bangunan parlimen british (Mesia punya pun aku xpenah gi), Sg Thames (belah utara) dan jugak Westminster Abbey (gereja ni). Kat depan gereja ni ada la org yg cam jual bunga utk kebajikan katanya.. For charity.. for charity... Boy kata, kalau kita bagi carity nanti dia cium kat pipi.. hihihih.. takut aku. Tp kalau tanak kasik apa2, kena tolak dengan baik macam no thanks ke, i am sorry ke.. cenngitu la.. Kalau tak nanti dia cop kita mcm kurang sopan.. Sama jer gak kot dgn kat Mesia hihiih.. Budi Bahasa Budaya Kita.. Bahasa Jiwa Bangsa...
Eye of London
MATA bertentang mata. Kalau berdiri depan Big Ben, tengok kiri dan nampak jambatan, gi ke arah jambatan tu.. pastu tengok lagi kiri sikit.. apa yg anda akan nampak? Ya betul EYE OF LONDON!!!! besar giler. Masa kitorg kat St James Park nanti pun masih bleh nampak mata dia.. hihihi..So, soalan kuiz, sapa ciplak sapa? Eye of London copy Eye Of Malaysia atau sebaliknya. Sapa dapat bagi jawapan yg tepat, akan dpt hadiah.. hohooho.. Nak naik wheel ni, kena bayar £10 sorang. Jgn convert jadi RM, mesti xnak naik punya jadinyer.heheh...Oleh kerana hari tu Sabtu dan org ramai sgt, kitorg x jd naik sbb banyak lagi tmpt yg nak di tuju.. huhuhu.. bye bye mata london.. kalau ada rezeki kita bertentang mata lagi...
SEJUK.. sejuuuukk... entah kenapa angin sejuk menghembus kuat plak tengahari sabtu tu. "Dont trust english weather" kata Boy ...Sbb smlmnya mmg kata hari ni akan cerah, tapi sepanjang perjalanan hari tu, mmg xnampak matahari. Mendung & kadangkala hujan..Kat sini kita org makan wafer, aku ngan hubby tersayg makan wafer strawberi, boy makan cokelat agaknya.. aku pun lupa. Honestly wafer kat Mesia jauh lebih sedap..bagi aku la...
St. James Park
KITA ORANG jalan kaki balik menyeberangi Westminster Bridge ke arah Big Ben. Nak ke mana? Kita naik tube gi ke St James Park. Ye la.. dr petang semalam sampai ke tengahari ni, kitorg tak tengok lagi pun mana2 park diorg. Nak gak tengok org tua2 duduk kat taman, kasik burung makan. Ala..macam dalam citer omputeh tu..
DAH sampai St. James Park. Apa ada kat sini ni? Cuma ada taman aje. Tapi taman ni merupakan taman diraja (Royal Park) yg tertua di London. Asalnya merupakan kawasan berpaya yang dilanskapkan semula jadi taman. Suatu masa dulu, masa raja diorg masih berkuasa, buaya pun diorg bela dalam taman ni selain dari unta, burung unta dan jugak gajah. Sekarang yg ada cuma itik ngan angsa. Eh kitorg jumpa tupai gak masa tu, comel gilerrr. Dia lari smbil bwk makanan cam cerita Chip and Dale.. KAWAIIII . Nak diikutkan, takde apa sangat yg nak dinikmati kat taman ni masa musim sejuk. Mungkin masa musim luruh hari tu dengan masa musim bunga nanti, tempat ni lbh cantik..
Buckingham Palace
SAMPAI! sampai.. Buckingham Palace. Dah tengahari. Ramai giler org. Semua nak tengok pengawal istana berkawad kot. Kitorg tak bernasib baik, org dah penuh sangat, jadinya xdpt nak tengok atau bergambar dengan askar yg berkawad. Tapinya, diorg berkawad pn kat dalam pagar, xbleh nak wat pape. Buckingham Palace ni kediaman rasmi Queen of England. Macam istana negara kat KL tu la. Selain dari tu, tmpt ni pun adalah tumpuan kalau ada tunjuk perasaan demonstrasi. Selamat hari kita org sampai tu, semuanya aman sejahtera je.
PERASAN gambar kitorg berlatar belakangkn statue kaler keemasan tu. Nama dia victoria Memorial. Basically merupakan statue/hasil kerja seni yg dihadiankan pada Queen Of England. Mungkin ada maksud yg tersirat, tapi kami xcukup masa nak korek tu semua. Hubby cakap imej2 makhluk laut cam mermaid, raja mermaid la apa lagi ntah tu utk tunjukkan bahawa kekuatan tertera laut british (joned: ye la tu.. aritu kelasi dia kena tangkap ngan Iran sbb masuk prairan Iran tu, apa citer)..
Wellington Arch
TAK jauh dari Buckingham Palace, ada satu lg landmark yang mesti kitorg gi. Wellington arch. Sama macam apa yg ada kt Trafalgal Sq, Wellington Arch ni generally utk memperingati kemenangan peperangan Napoleonik, bukan sepesifik utk battle field Trafalgar jer. Basically dah ada bebrapa tmpt yg aku rasa, didirikan utk memperingati kemenangan satu peperangan. Patutnya yg perlu diingati ialah nyawa yg terkorban & harta benda yang musnah kerosakan akibat peperangan tu. Ni macam bangga dengan kerosakan yg ditimbulkn oleh peperangan tu pulak.. Tak patut...tak patut..
Harrods
Marble Arch
Dinner Time
|
|
|
|
|
|
| Friday, 23-Mar-2007 18:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
London Trip - Day 1
|
|
SO lepas beberapa ketika menanti akhirnya trip ke UK&Paris kami akhirnya jadi kenyataan. Walaupun situasi kerja Joned hampir mnyebabkn trip ni ditangguhkn, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar spt yg kami harapkan. Preparation utk trip ni kami lakukn seawal Januari lagi. Cari masa yang sesuai, cari pakej yg sesuai dan jugak carik harga yg sesuai dgn poket kami.. hihihi
K.a.n.s.a.i I.n.t.e.r.n.a.t.i.o.n.a.l A.i.r.p.o.r.t
22 Mac 2007. Check! Check! Passport ada, itenary ada, tiket (xyah, sbb travel agent kata amik kat aiport jer), VISA? (xyah sbb kita rakyat Malaysia... banggalah rakyat Malaysia ooiiii..), duit (penting ni) kamera (ni lebih penting) etc etc (termasuk la PSP Joned)...Kami berangkat dari apartment ke Kansai International Airport tepat jam 1:30 ptg (sbb taxi dh tunggu.. kalau tak lambat lagi kot... heheheh) xsempat lunch lagi. Sampai KIX, terus gi kaunter travel agent dan amik tiket.. dapat voucher hotel, tiket KIX to HKG, HKG to UK, Eurotrain UK to Paris, Paris to HKG and HKG to KIX.. Check in dan terus g lunch. (Pengajaran: Lain kali kalau naik airways selain dari MAS, confirmkan Muslim meal masa buat tiket confirmation... kalu tak, belapo la jwbnya..) by the way lupa nak cakap, kitorg naik Cathay Pacific..
Sbb:
1. CP antara syarikat penerbangan yang sediakan perjalanan ke Eropah dgn harga agak murah.
2. Dah di arrange oleh travel agent... terima je laaaa... (travel agent kami: www.stworld.co.jp)
CEMAS masa kami tgh makan aiskrim kat KIX duty free area, ada announcement LAST CALL utk ke Hong Kong.... Haaahh!! diorg cepatkan masa ke?? tak...kitorg xcheck kat tiket tu dah ada revision utk masa.. huhuhu.. , amik masa lama sangat kat airport security. Utk sapa2 yg nak travel naik flight tu.. skrg security checking semakin ketat.. so masuk la security checking tu cepat sikit, takut flight dah nak naik & kita masih stuck kat airport security.. hihihi
H.o.n.g.k.o.n.g I.n.t.e.r.n.a.t.i.o.n.a.l A.i.r.p.o.r.t
4 jam masa yang diperlukan utk sampai ke HKG (sampai kul 9.00 mlm masa HKG). Ada masa 2 jam stgh utk transfer ke flight satu lagi (HKG - London). HKG panas.. best!! Sekali lagi kena airport security.. Lama betul. Masuk duty free area, kitorg makan ketiau fishball sup.. Sedap jerrr. hihihi.. Kena alas perut dulu sbb flight akan amik masa 12 jam, dan kitorg xde muslim food atas kapal. Hopefully ada seafood la nanti...
H.e.a.t.h.r.o.w I.n.t.e.r.n.a.t.i.o.n.a.l A.i.r.p.o.r.t
LAMANYA 12 jam!!! pejam celik pejam celik pejam celik tak sampai sampai.. So layan la James Bond (Casino Royale). Joned pas makan terus jerr tidor. Mamat omputeh yg dok satu row ngan kitorg tu pun tdo jer. Lepas abis JB lampu kapal kena tutup. Gelap.. Tido -tido..
LUCKY!! sarapan ada hidangkn telur.. Joned mkn sikit jerr xde selera katanya. makan roti jerr. Menjelang pukul 3:00 pg (London), kapal mula turunkn altitud. Nak landing katanya eksited gilerrrr.. hihiih.. Mat salleh sblh joned tu dah sibuk abis la sejuk.. abis la sejuk.. dia kata nanti ada salji dan dia cuma pakai suar pendek jer.
MASUK terminal HEATHROW AIRPORT, rasa semacam jerr. Utk org yg dah byk kali dtg sini mungkin benda ni biasa. Tp first timer mcm kitorg mesti pelik... Nape ramai org India?? New Delhi ke ni? Dari penyambut tetamu masa turun flight, sampai ke makcik sapu sampah, sampai ke pegawai imigresen yg cop passport kitorg; org India yg buat!! huhuhu... mencari rezeki hingga ke sini diorg ni..
INTERVIEW dgn makcik imigresen tu sekejap jer. Tp dia tanya macam kita org nak mintak kejer jer. Dulu keje mana? Dah brapa lama kejer? Dsbnya la.. Takut gak aku kalau dia tak cop passport kitorg. .. Tp akhirnya dia cop gak. Lps imigresen kitorg g stesyen Tube (ala-ala subway mcam kat nihon). Sbb cousin aku dah bagi direction, so senang jer la kitorg nak carik tmpt tu
BELI tiket gi Bayswater. Naik Picadilly line. Since kitorg sampai awal pagi, org tak ramai sangat. Janji nak jumpa cousin aku kat Malaysia Hall (kat Bayswater le tu) dalam pukul 12.00 tgh hr. Skrg baru kol 7:00 pagi, lama lagi.. sejuk pulak tu.. lapar jugak.. ngantuknya.. nak mandi.. semua perasaan tu ada.. hihihii
Ni le roughly rupa Bayswater tu.. mana bay, mana water ntah. Banyak foreigner kat sini. Dari pakistan sampai la ke Filipina. So, tak rasa risau sangat la nak ke hulu ke hilir. Pagi tu nampaknya mcm baru lepas ujan, masih terasa lagi sejuknya. Joned nak tipon cousin aku pakai public phone yg kaler merah tu... Bengang dia!!! Dia kata cm ada org buang air kecik dlm tu...baunya... ..sian hubby i.. Mende la perangai org civilized ni..
Akhirnya...
YANG ditunggu dah sampai. Kenalkan cousin I. Amzani a.k.a Boy. Jgn dekat, dia dah berpunya.. ..Sbb dia ada interview, kitorg brlegar kat area Bayswater dalam kedinginan pagi sementara tunggu dia sampai. Lapar punya pasal, kitorg mkn kat kedai HALAL yg ada kat Bayswater tu.. Punya dia nak promote ke`HALAL`an dia, nama kedai tu pun HALAL.. sori gambar tervibrate kuat sangat, so xde gambar kedai tu. Cuma ada gambar kitorg makan dalam kedai tu jer..
Russel Square
HABIS makan, kitorg gerak gi carik hotel. Naik tube lagi. Dari Bayswater kitorg gerak ke Russel Square, lebih kurang 20minit jer. Dalam tu tak la bosan sangat sbb ada banyak surat kabo percuma yg ditinggalkn rerata. Bagus: Surat kabo free.. XBagus: Sepah giler.. . . Royal National Hotel x jauh dari Russel Sq station. Jalan kaki xsampai 5 minit pun. Macam org Osaka, org2 kat London ni pun suka jer melintas masa lampu merah. So, boleh sampai lebih cepat dari 5 minit.. . Plan ptg tu, nak naik hotel, mandi dan kuar balik.. nak gi London Bridge. Kepala aku dah ada lagu LONDON BRIDGE IS FALLING DOWN...
@>----------------------------LONDON ATTRACTIONS--------------------------<@
@>----------------------------LONDON ATTRACTIONS---------------------------<@
PETANG hari pertama sampai tu pun kaki dah gatal nak berjalan rasanya. Iye la kena gunakn masa yg ada dengan optimumnya. Kalu tak rugi-rugi.. Dalam pamplet travel agent tu ada la tempat yg diorg suggest utk kitorg gi. Tp tourist guide kitorg lagi xpert (promote ni boy hihihi), ptg tu dia suruh gi beli one day ticket (£5.10 sorg) & straight kitorg meredah kesejukan kota London menuju ke LONDON BRIDGE.. London Bridge is falling down.. falling down.. falling down..
Our Journey continues....
LONDON BRIDGE(LB)!!! Hohohoho.. akhirnya sampai gak yg tadi dok main dalam kepala tu dah ada depan mata.. hihi.. Tapi nape xsama dgn yg dibayangkn. Ropanya, jambatan yg ada jam tu bukannya LB. Tu nama encik Tower Bridge, LB tu cuma jambatan biasa yg rasanya xnampak apa istimewanya. Cheh.. Tukar lagu jadi Tower Bridge la pulak.. hihi. Kitorg jalan kaki atas LB menyeberangi sungai Thames. Byk gak bot pelancong kat menyusuri Thames ni. Langit dh nk mendung so kitorg cepat2 amik gambar dan teruskan perjalanan. Mnyusuri Thames, kitorg xlepaskan peluang utk amik gambar Tower Bridge tu puas2. Susah nk smpai sini lagi nanti rasanya..*Jambatan blakang kita org yg ada cahaya merah tu, tu la LB.
SEDAR-sedar kitorg dah makin mndekati Tower Bridge. Sblm sampai Tower Bridge tu, ada satu bangunan (?) cam castle gitu. Nampak la macam ala2 zaman King Arthur gitu. Joned cukup suka tengok (dia mmg suka benda2 bersejarah ni) castle ni. Nama dia Tower Of London. Ikut sejarahnya, TOL (panjang sgt nama penuh dia) ni amat penting utk mengawal masuk keluar kapal ke kota London. So, mana-mana kuasa luar yg nak menawan London akan jadikan castle ni sasaran pertama la.. Depan dia ada kedai buku. Joned cakap kat situ ada jual buku sejarah castle ni ngan Tower Bridge. Sapa nk gi nanti, ckp kat Joned, dia nak kirim beli buku tu satu..
TOWER Bridge. Teringat cerita Mummy Return, adegan Brandon Fraser naik bas merah dikejar mummy. Lalu atas jambatan yg boleh terpotong sbb ada kapal nak lalu bawah dia.. Mmg macam kat Tower Brigde. Ini la landmark yang paling kitorg nk tengok hari ni. Mimpi jadi kenyataan la jugaknya. Jambatan ni dibina sekitar penghujung 1800-an, utk menghubngkn pusat bandar dgn bahagian barat London. Cabarannya ialah jambatan tu mesti cukup tinggi utk membolehkn kapal melalui bahagian bawahnya (buat je la bengkok cam Mesia-Sinagpore tu.. hihiih.. tp dah kensel). Akhirnya diorg decide utk buat jmbatan tu blh terpotong kat tengah, dan kapal boleh lalu bawah dia. Kiotg doa, harap ada kapal lalu masa kitorg kat situ hihhi.. tapinya xde la pulak.. Sepetang tu kitorg bergambar macam2 posing kat Tower Bridge ni. Rasa happy sesangat
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 15-Mar-2007 10:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ノリタケ活躍 - Noritake trip
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 24-Feb-2007 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Universal Studio Japan
|
|
Land of Oz
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 13-Jan-2007 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
びわ湖バレィ
|
|
Biwako Valley, Shiga.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 16-Dec-2006 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
A day out
|
|
With Kiguchiさん, Chieさん & Shomaくん
御馳走さまでした。。。
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-Dec-2006 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Futari
|
|
いつまでも幸せになりますように。。。。
Hard Rock Cafe, Osaka
|
|
|
|
|